9 PESAN DARI GURU BAHASA ARAB
Oleh Asyraf , Ahgaff`s student from Malay
نصائح مدرس اللغة العربية
1. Jangan hanya tahu menunggu sebagai 'maf-ul bih' (yang
kena buat) tetapi bertindaklah, jadilah 'fa-il' (pelaku).
إياك أن تكون "مفعولاً به"كن دائمآ "فاعلاً"
2. Meski ada rasa 'kasrah' (patah hati), biarkan di hatimu
ada 'fathah' (ruang terbuka) supaya masih ada ruang harapan dan optimis.
مهما أحسستَ "بالكسرة" اترك بقلبك "فتحة" تدخل منها الأمل والتفاؤل
3. Usah membenci semata tiada sefahaman. Tetapi, kawallah
emosimu agar menjadi 'dhammah' (dakapan) yang selesa bagi setiap insan.
لا تكره أحداً لمجرد أنه مختلف معك..اترك مشاعرك "ضمة" لكل الناس
4. Jangan terbuai rasa kala menjadi 'majrur' (sandaran)
orang walau yang rapat sekalipun, kerana kelak kau lambung kepalamu setinggi
'marfu' (dirimu mendabik dada)
لا ترض أن تكون "مجروراً" من أحد مهما كان قريباً منك.. فستلقى نفسك دائمًا "مرفوع" الرأس
5. Benar, boleh saja mengimbau kenangan tapi jangan serahkan
memori itu kepada 'kaana wa akhawaatuha' (kerana tugasnya mengenang, lalu
melenyap)
صحيح يمكنك أن تحن للذكريات لكن لا تستسلم ل "كان وأخواتها"
6. Usah terpedaya dengan setiap senyuman, dan berawaslah
dengan 'adawaatun nasb' (kerana fungsinya mengubah nasib)
لا تنخدع لكل من ابتسم لك....وانتبه من "أدوات النصب"
7. Bekerjalah, beranganlah tapi berpada.. Jangan gadaikan
masa depanmu menjadi 'mabni lilmajhul' (suatu keadaan yang kabur, tidak
diketahui)
اشتغل، واحلم، وتحد، ولا تسمح أن يكون مستقبلك "مبنياً للمجهول"
8. Jangan pendam perasaan terhadap seseorang. Rasa yang
tidak diungkap, kan menjadi 'mamnu' minas sorf' (terhalang pengembangannya)
لا تخبئ مشاعرك تجاه أحد..فالمشاعر التي تأتي متأخرة تصبح "ممنوعة من الصرف"
9. Hiduplah selalu sebagai 'mubtada'' (pemula), jangan hanya
mahu menjadi 'khabar' (berita)
عش دائما "مبتدأ" ولا تكن مجرد "خبر
Tidak ada komentar: